Sabtu, 1 Disember 2012



SIMPULAN BAHASA ADALAH SALAH SATU PENGAJARAN TATABAHASA YANG MESTI DIPELAJARI UNTUK MEMBERI  DAN MENANAMKAN NILAI-NILAI MURNI PADA MURID-MURID.



Bahan ini sesuai dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu. Ia mempunyai nilai-nilai murni dan sesuai untuk bahan penulisan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kreativiti guru itu sendiri.

Jumaat, 30 November 2012



Teknik ini sesuai untuk murid-murid tahap dua.

bahan p& p bercerita




Bahan seperti  ini sesuai untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentuk berpusatkan murid. Murid lebih berperanan dan  pengetahuan sedia ada mereka lebih berkembang.

bahan bantu mengajar




Bahan bantu mengajar ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid di dalam kelas. Murid-murid akan berasa lebih berminat dan memberi tumpuan yang lebih.

soalan mengenai negeri Melaka


Soalan berbentuk Objektif.

1.   Mengapakah Parameswara meninggalkan Palembang dan pergi ke Melaka?

A.   Pergaduhan dengan pembesar di Palembang.
B.   Gagal membebaskan Srivijaya daripada kekuasaan Majapahit.
C.   Kerajaan Melaka pada waktu itu tidak mempunyai pemerintah.
D.   Parameswara dijemput oleh Temagi menjadi pemerintah Temasik.

2.    Hubungan Melaka dengan China terjalin setelah Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.Apakah kepentiingan hubungan ini kepada Melaka?

A.  Mendapat bantuan ketenteraan.
B.  Mendapat bekalan beras dari China.
C.  Membentuk sebuah empayar yang luas.
D.  Mendapat pengiktirafan daripada kerajaan China.

3.  Asal usul nama Melaka diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu

i.    Mitos Hindu
ii.   Pedagang Arab
iii   The Suma Oriental
iv.   Sejarah Melayu.

A.  i, ii,  dan  iii.
B.  i, ii, dan  iv.
C.  i,  iii,  dan  iv.
D.  ii,  iii,  dan  iv.

4.  Parameswara memilih Orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka kerana mereka_________________.

A.   mahir membuat kapal.
B.   mengaku taat setia.
C.   mempunyai peralatan senjata moden.
D.   merupakan penduduk Melaka yang paling ramai.

5.  Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, apakah tindakan Parameswara bagi mengukuhkan sistem pentadbiran Melaka?

i.     Melantik pembesar yang cekap
ii.    Menyediakan kemudahan pelabuhan.
iii    Memperkuatkan sistem pertahanan laut.
iv.   Menakluk negara-negara lain.

A.  i,  ii,,dan iii.
B.  i, ii, dan iv.
C.  i, iii, dan iv.
D.  ii,iii dan iv.



Soalan pemahaman.

1.   Bincangkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkarisma dengan merujuk sifat-sifat yang dimilki oleh Parameswara?




2.   " Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".  Bincangkan peribahasa ini dengan merujuk usaha Parameswara dan rakyat membagunkan kerajaan Melaka?





Aktiviti


1.   Andaikan kamu hidup pada awal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Lakonkan peristiwa Parameswara menamakan Melaka?


2.   Kemajuan Melaka pada zaman pemerintahan Parameswara disebabkan oleh beberapa faktor. Isikan jadual di bawah dengan faktor-faktor yang berkenaan.



                                                KEMAJUAN MELAKA


1. FAKTOR SEMULAJADI

2. KEPIMPINAN PARAMESWARA

3. PERANAN RAKYAT







 


Sebagai seorang pemimpin yang bijak bistari. Parameswara telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka.